وصية للشباب
October 18, 2007
irshahiqa
Innalhamdulillah ‘ala nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruh. Wa a’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyiaati ‘a’malina. Di bawah ini saya datangkan beberapa wasiat untuk pemuda yang diambil dari kitab 85 وصية للشباب karangan Walid bin Muhammad dan saya terjemahkan ke bahasa Melayu :-
1) Beriman kepada ALLAH swt, malaikat2NYA, kitab2NYA, para RasulNYA, Hari Akhirat dan Qada’ dan Qadar dengan sebenar2 iman.
2) Mengikhlaskan niat kerana ALLAH swt, dan menjauhi riya’ dalam setiap perbuatan dan percakapan.
3) Mendirikan suruhan ALLAH dan RasulNYA.
4) Menghormati kedua ibubapa, dan berbuat baik terhadap kedua mereka.
5) Berbuat baik kepada jiran dan menjaga hak mereka.
6) Tidak mendustai syahadah.
7) Menunaikan solat di awal waktu dan berjemaah.
8) Memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw.
9) Sentiasa mengingati mati.
10) Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan diri dan keluarganya di dunia dan akhirat.
11) Menjauhi riba’, sesungguhnya riba’ termasuk antara dosa paling besar.
12 ) Amanah.
13) Menyeru manusia ke jalan ALLAH dengan hikmah.
14) Menolong manusia ke arah kebaikan dan taqwa, jangan sesekali mendorong manusia ke arah kemaksiatan.
15) Memperbanyakkan zikir.
16) Selalu melawat kubur, kerana ia boleh mengingatkan kita kepada akhirat.
17) Haram bagi lelaki memakai emas.
18) Menjaga lisan, tidak berkata kecuali yang baik.
19) Menuntut ilmu.
20) Menjaga silaturrahim, dan jangan sesekali memutuskan tali persaudaraan.
Entry Filed under: wasiat
One Comment Add your own
Leave a Reply
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed
1.
khomeinimuj |
October 20, 2007 at 6:22 am
wow…great masterpiece you have there…..
please stop by to http://khomeinimuj.wordpress.com if you have time….