paku hati luka..
October 18, 2007
irshahiqa
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku. “Untuk apakah paku2 ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini untuk melepaskan kemarahanmu” jawab ayahnya. Pada hari pertama sahaja pemuda tersebut telah memaku 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah pemuda tersebut dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Hinggalah pada suatu hari, pemuda tersebuat tidak marah walau sekali pun. Dia memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu-persatu pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok batu tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang2 di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Sahabat dan sahabiah sekalian, maafkan saya sekiranya saya pernah ‘menebuk lubang’ di dinding hati kalian. Moga ukhuwah yang terjalin diredhai ALLAH dan berkekalan selamanya. Salam ukhuwah fillah abadan abada..
Entry Filed under: sahabat..
Leave a Reply
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed